Friday, March 18, 2011

Renung2kan dan selamat beramal

Semalam aku pasang radio IKIM fm on the way nak balik rumah.  Tak sure topik apa yang dibincangkan tapi agak menarik untuk dikongsikan.

Apa yang aku paham, Puan Alina merupakan jemputan radio IKIM untuk mengupas mengenai kehidupan sebagai saudara baru.  Puan Alina merupakan seorang mualaf, masuk Islam sejak berumur 12 tahun sebab ibunya berkahwin dengan orang Islam.

Apa yang menarik perhatian aku ialah statement Puan Alina yang kebanyakkan muslim yang baik ni biasa jarang mahu berkawan dengan bangsa lain tetapi ramai muslim yang kurang baik senang bergaul dengan bangsa lain.  Mungkin juga disebabkan hal ni, kebanyakkan bangsa lain tidak dapat memahami di mana letaknya keindahan agama Islam itu sendiri.

No comments:

Post a Comment