Sunday, March 20, 2011

Jangan berikan nasihat jika tidak diminta

Aku betul-betul terkejut pagi tadi semasa mendengar radio IKIM fm.  Kenapa??? Sebab aku seperti mendapat ilham tentang permasalahan terbaru yang sedang menyelubungi aku.

Yang pastinya, title post aku kali ni memang sudah begitu jelas maksudnya tapi masih kena elaborate lagi, based on apa yang aku dengar dari pakar motivasi jemputan pagi tadi.

1.  Kita sepatutnya JANGAN berikan nasihat jika tidak diminta.  Unless seseorang itu sudah meluahkan perasaan sepenuhnya kpd kita, DAN, bertanya contohnya, "Apa pendapat kau pasal problem aku ni?", then, bolehlah kita cuba menasihati dia.

2. Sekiranya kita ingin memberikan nasihat, maka hendaklah melakukannya secara indirectly, pendek kata, org melayu cakap, kena berkias.  This is because nasihat yang diberikan secara direct mempunyai kesan penolakan terhadap org yang cuba dinasihati kerana seseorang yang berada dlm keadaan 'sedar', nasihat secara direct akan memberikan kesan penolakan negative sebanyak 80 peratus.

3. Kesan dari menegur seseorang tanpa diminta, boleh menyebabkan renggang dlm perhubungan kerana org yang bermasalah tadi akan terfikir seperti contohnya "dia tak kena mcm aku, mana dia nak paham apa rasanya", dan boleh menyebabkan org tersebut membalikkan semula dlm bentuk doa tak sengaja terhadap kita contohnya "cuba benda ni jadi kat dia pulak, aku nak tengok apa dia rasa nanti".

Aku selalu rasa yang benda yang baik apa salahnya dikongsi bersama, tapi ada masanya, apabila ditegur oleh certain2 org, kenapa aku rasa tak berapa nak menerima, maka terjawaplah sudah...

Friday, March 18, 2011

Renung2kan dan selamat beramal

Semalam aku pasang radio IKIM fm on the way nak balik rumah.  Tak sure topik apa yang dibincangkan tapi agak menarik untuk dikongsikan.

Apa yang aku paham, Puan Alina merupakan jemputan radio IKIM untuk mengupas mengenai kehidupan sebagai saudara baru.  Puan Alina merupakan seorang mualaf, masuk Islam sejak berumur 12 tahun sebab ibunya berkahwin dengan orang Islam.

Apa yang menarik perhatian aku ialah statement Puan Alina yang kebanyakkan muslim yang baik ni biasa jarang mahu berkawan dengan bangsa lain tetapi ramai muslim yang kurang baik senang bergaul dengan bangsa lain.  Mungkin juga disebabkan hal ni, kebanyakkan bangsa lain tidak dapat memahami di mana letaknya keindahan agama Islam itu sendiri.