Aku betul-betul terkejut pagi tadi semasa mendengar radio IKIM fm. Kenapa??? Sebab aku seperti mendapat ilham tentang permasalahan terbaru yang sedang menyelubungi aku.
Yang pastinya, title post aku kali ni memang sudah begitu jelas maksudnya tapi masih kena elaborate lagi, based on apa yang aku dengar dari pakar motivasi jemputan pagi tadi.
1. Kita sepatutnya JANGAN berikan nasihat jika tidak diminta. Unless seseorang itu sudah meluahkan perasaan sepenuhnya kpd kita, DAN, bertanya contohnya, "Apa pendapat kau pasal problem aku ni?", then, bolehlah kita cuba menasihati dia.
2. Sekiranya kita ingin memberikan nasihat, maka hendaklah melakukannya secara indirectly, pendek kata, org melayu cakap, kena berkias. This is because nasihat yang diberikan secara direct mempunyai kesan penolakan terhadap org yang cuba dinasihati kerana seseorang yang berada dlm keadaan 'sedar', nasihat secara direct akan memberikan kesan penolakan negative sebanyak 80 peratus.
3. Kesan dari menegur seseorang tanpa diminta, boleh menyebabkan renggang dlm perhubungan kerana org yang bermasalah tadi akan terfikir seperti contohnya "dia tak kena mcm aku, mana dia nak paham apa rasanya", dan boleh menyebabkan org tersebut membalikkan semula dlm bentuk doa tak sengaja terhadap kita contohnya "cuba benda ni jadi kat dia pulak, aku nak tengok apa dia rasa nanti".
Aku selalu rasa yang benda yang baik apa salahnya dikongsi bersama, tapi ada masanya, apabila ditegur oleh certain2 org, kenapa aku rasa tak berapa nak menerima, maka terjawaplah sudah...
No comments:
Post a Comment